Surat kiriman tidak rasmi : Murid Cemerlang Bidang Sukan

Lot 988, Jalan Panji Alam,

21999 Kuala Johor , 
Johor,


23 February 2007

Menemui Saudara Amirul Abid Bin Radzi yang kini berada di Sarawak. Apa khabar , saudara? Saya mendoakan agar saudara sekeluarga sihat dan ceria selalu hendaknya.

Saudara,
     Sekalung tahniah saya ucapkan kepada saudara kerana telah terpilih sebagai tokoh murid cemerlang dalam bidang sukan olahraga daerah Kuching pada tahun ini. Saya sungguh berbangga apabila membaca berita tentang kejayaan saudara dalam ruangan ''Berita Murid" sebuang akhbar harian baru -baru ini. Syabas dan tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada saudara. 

      Keratan berita bergambar tentang kejayaan saudara itu telah saya abadikan di dalam album yang sangat unit. Keratan berita bergambar tersebut akan saya jadikan perangsang untuk terus berjaya dalam bidang sukan seperti saudara.

     Apakah rahsia kejayaan saudara? Apakah nasihat yang dapat saudara berikan kepada saya supaya saya mampu mengikut jejak langkah saudara sebagai atlet olahraga suatu hari nanti? Sekiranya diberi peluang, saya juga ingin berjaya dan bergelar juara seperti saudara.

     Sebelum mengundurkan diri bagi melabuhkan tirai bicara, sampaikan salam saya untuk keluarga saudara. Semoga kita berjumpa lagi dalam warkah yang seterusnya. Sambutlah salam ukhuwah daripada saya. Sekian, terima kasih.


                                                                                                                          Yang ikhlas, 

                                                                                                                          Ahmad Uzair

Comments

  1. karangan ini sangat baik tetapi tiada tujuan menulis surat . Ini boleh menyebabkan murid-murid menghilangkan markah .

    ReplyDelete
  2. karangan ini sangat baik tetapi tiada tujuan menulis surat . Ini boleh menyebabkan murid-murid menghilangkan markah .

    ReplyDelete
  3. Isi karangan ini baik tetapi murid murid akan menghilangkan markah kerana tiada tujuan

    ReplyDelete

Post a Comment