Ucapan : Motivasi Kecemerlangan Akademik
Selamat sejahtera. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Berusiha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Islah, barisan Penolong Kanan, Guru - guru Cemerlang, guru-guru, dan murid - murid yang dikasihi. Saya amat berbesar hati kerana diundang untuk berucap kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.
Hadirin yang saya hormati,
Saya bekas murid sekolah ini. Saya meninggalkan sekolah ini 15 tahun yang lalu kerana melangkah kesekolah menengah. Sekarang,saya bertugas sebagai pesyarah di University Teknologi Petronas (UTP) , Perak.
Pencapaian saya sekarang adalah berkat didikan guru-guru dan usaha gigih saya semenjak bangku sekolah rendah lagi. Saya sentias memanfaatkan masa senggang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca, menyalin nota, membuat latih tubi, dan mengulang kaji pelajaran. Impaknya, saya memperoleh kejayaan pada peringkat UPSR sehinggalah bergelar doktor kini.
Kepada putera dan puteri sekolah ini yang akan menduduki peperiksaan UPSR, saya sarankan agar akan belajar bersungguh - sungguh untuk meraih kejayaan cemerlang. Berikanlah kejayaan sebagai buah tangan kepada ibu - bapa dan guru - guru sebagai menghargai perngorbanan mereka.
Dalam usaha menuju kejayaan, amalkanlah bidalan melayu kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapar sangunya. Bidalan ini mengingatkan kita bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa usaha dan kegigihan. Oleh itu, berlajarlah bersungguh-sungguh.
Sebagai mengakhiri pertemuan kita pada pagi yang berbahagia ini, saya doakan semoga kalian berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Kejayaan kalian merupakan jaminan masa hadapan yang lebih cerah. Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment