Syarahan : Kerajinan Tunggak Kejayaan Gemilang

     Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru, dan hadirin sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertanjuk, ''Kerajinan Tunggak Kejayaan Gemilang.''

Hadirin yang saya hormati,

     Menurut kamus Dewan, kerajinan bermaksud ketekunan. Tunggak pula bermaksud asas. Manakala gemilang bermaksuk cemerlang. Berdasarkan definisi ini, jelaslah bahawa ketekurang merupakan asa kejayaan yang cemerlang.

Hadirin sekalian,

     Setiap kejayaan diukur daripada sesuatu usaha. Tiada rahsia tertentu untuk menjadi murid yang cemerlang. Rahsia kejayaan mereka hanyalah sikap rajin bertanya kepada guru dan rajin belajar.

     Banyak manfaat yang akan diperoleh jika seseorang mengamalkan sikap rajin. Antaranya ialah, menghargai nikmat kehidupaan. Hal ini disebabkan mereka yang rajin pasti melalui cabaran hidup yang berliku untuk mencapai impian yang diingingkan. Cabaran ini akan mematangkan mereka untuk menghadapi cabarang yang seterusnya.

     Malah, mereka yang mengamalkan sikap rajin dapat meneroka pelbagai cabaran ilmu dengan lebih meluas. Sebagai contoh, jika kita seorang ayah itu rajin mencari peluang untuk menambah pendapatan, dia akan berusaha untuk menambah ilmunya.

Sidang hadirin yang budiman,

     Berdasarkan penerangan saya tadi, jelan terbukti bahawa kerajinan tunggak kejayaan gemilang. Oleh itu, rajinlah berusaha untuk berjaya.
Sekian terima kasih.

Comments