Berita : Kejadian Tanah Runtuh Di Lebuh Raya
Ipoh, Jumaat - Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Lebuh Raya Utara - Selatan berhampiran dengan Gua Tempurung petang semalam. Menurut sumber daripada Projek Usahasama Lebuhraya Berhad (PLUS) , kejadian itu disebabkan struktur tanah di kawasan tersebut longgar dan terhakis ekoran daripada hujan lebat yang berterusan sejak tiga hari lalu.
Lima buah kenderaan yang terdiri daripada tiga buah kereta , sebuah van , dan sebah treler rosak teruk akibat keadian tanah runtuh itu. Sebanyak 12 orang mangsa terbabit dalam kejadian ini. Walau bagaimanapun , tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan parah. Semua mangsa hanya mengalami kecedaraan ringan dan luka - luka kecil.
Menurut salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Encik Herman yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani , setibanya di tempat kejadian , kereta yang dipandunya telah dibawa arus deras. Mujurlah ada benteng penghalang di tepi lebuh raya itu yang menyelamatkan keretanya daripada terhumban ke dalam gaung. Beliau dan keluarganya sempat keluar dari kereta dan berlari ke kawasan selamat untuk menyelamatkan diri.
Kejadian ini telah menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang 15 kilometer. Pasukan penyelamat yang terdiri daripada pasukan bomba dan anggota polis serta kakitangan mangsa - mangsa tradegi dan mengawal keadaan lalu lintas , ,mereka bertungkus lumus memindahkan dan membersihkan batu - batan yang bertaburan di atas lebuh raya. Pihak PLUS terpaksa menutup lebuh raya tersebut untuk membolehkan siasatan lanjut dibuat.
Semua kenderaan yang menuju ke utara dan ke selatan tanah air melalui lebuh raya tersebut akan dilengcongkan ke jalan persekutuan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati - hati dan berkemah apabila melalui lebuh raya tersebut.
Waaaaaaaahhhh.niceee lh..😉😉😉😉
ReplyDelete