Karangan Bahagian B : Tulis sebuah cerita dan akhiri dengan?

             Tulis sebuah cerita dan akhiri cerita kamu dengan ayat - ayat di bawah.
        ...rakan - rakanku mengucapkan tahniah kepadaku. Aku berasa sangat gembira.

     Pada minggu lepas , sekolah aku telah mengadakan kejohaan sukan tahunan peringkat sekolah. Pelbagai acara sukan telah diadakan kepada para pelajar semasa program itu dijalankan. Antaranya ialah : lontar peluru , bola keranjang , lumba lari , lompat tinggi  dan sebagainya.

     Semasa hari kejohanan , aku menyertai acara lumba lari kategori 100 meter manakala Zizan iaitu kawan baikku telah menyertai acara lontar peluru. Sebelum acara 100 meter berlangsung , aku memberi sokongan kepada Zizan. Namun , ketika Zizan melontar peluru , dia telah mengalami kecederaan kerana peluru tersebut telah terkena pada kakinya. Aku dan kawan - kawanku yang lain telah memapah Zizan ke bahagian keselamatan untuk menerima rawatan. Semasa Zizan mendapat rawatan , namaku dipanggil untuk memulakan acara lumba lari 100 meter.

     Aku berasa berat untuk meninggalkan kawan karibku yang sedang sakit. Aku juga berasa tidak yakin untuk menang dalam acara lumba lari 100 meter kerana memikirkan keadaan Zizan. Setelah beberapa kali namaku dipanggil untuk acara larian. Tiba-tiba , Zizan memanggil namaku lalu berkata ''Uzair kau mesti menang dalam acara 100 meter''. Kata - kata itu membakar semangat aku untuk meneruskan acara yang aku sertai.

     Dengan penuh semangat , aku berlari untuk menamatkan acara larian 100 meter. Akhirnya, aku berjaya menamatkan larian itu dengan masa yang terpantas. Lalu , meletakkan aku sebagai johan dalam acara itu.Rakan - rakanku mengucapkan tahniah kepadaku. Aku berasa sangat gembira. :DDDDDDDDDD!

Comments