JENIS KARANGAN LAPORAN : LAWATAN KE TANAH TINGGI CAMERON

Persatuan Kajian Tempatan sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Tanah
Tinggi Cameron. Sebagai setiausaha persatuan, tuliskan sebuah laporan
tentang lawatan itu.

LAPORAN LAWATAN KE TANAH TINGGI CAMERON
     Pada 5 Desember 2019, seramai 29 ahli Persatuan Kajian Tempatan
Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Krokop telah membuat lawatan ke
Tanah Tinggi Cameron. Kami telah bertolak dari sekolah tepat pada pukul
7,45 pagi bersama-sama dengan 5 orang guru pengiring.
Tempat pertama yang kami lawati apabila tiba di Tanah Tinggi Cameron
ialah kebun sayur. Di sini pelbagai jenis sayur-sayuran ditanam. Antaranya
ialah kubis bunga, lobak merah, sawi dan sebagainya. Tanam-tanaman di sini
subur sekali.
     Kemudian, kami melawat ke kebun bunga pula. Bunga ros yang ditanam
di sini mempunyai kuntum yang besar dan cantik. Puan Hii tidak melepaskan
peluang untuk membeli sejambak bunga ros.
Apabila kami tiba di ladang teh, kami lihat pekerja-pekerja sedang
memetik daun teh. Daun teh yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang
dibawa di belakang mereka. Penyelia yang berada di situ sempat memberi
penerangan kepada kami tentang cara-cara teh diproses.
Sebelum pulang, kami menghabiskan masa dengan berkelah di air terjun.
     Di situ kami bermandi-manda dan menikmati bekalan yang kami bawa. Kami
tiba di Tapah pada pukul 5.00 petang.
Lawatan ini memberi manfaat yang besar kepada kami. Pada bulan
hadapan, kami bercadang untuk melawat ke Bandaraya Bersejarah Melaka
pula.
Laporan disediakan oleh, 8 DISEMBER 2019.
__Nik Farina___
(NIK FARINA)
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan,
SJK Chung Hua Krokop.

Comments

Post a Comment