JENIS KARANGAN LAPORAN : LAWATAN KE TANAH TINGGI CAMERON
Persatuan Kajian Tempatan sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Tanah Tinggi Cameron. Sebagai setiausaha persatuan, tuliskan sebuah laporan tentang lawatan itu. LAPORAN LAWATAN KE TANAH TINGGI CAMERON Pada 5 Desember 2019, seramai 29 ahli Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Krokop telah membuat lawatan ke Tanah Tinggi Cameron. Kami telah bertolak dari sekolah tepat pada pukul 7,45 pagi bersama-sama dengan 5 orang guru pengiring. Tempat pertama yang kami lawati apabila tiba di Tanah Tinggi Cameron ialah kebun sayur. Di sini pelbagai jenis sayur-sayuran ditanam. Antaranya ialah kubis bunga, lobak merah, sawi dan sebagainya. Tanam-tanaman di sini subur sekali. Kemudian, kami melawat ke kebun bunga pula. Bunga ros yang ditanam di sini mempunyai kuntum yang besar dan cantik. Puan Hii tidak melepaskan peluang untuk membeli sejambak bunga ros. Apabila kami tiba di ladang teh, kami lihat pekerja-pekerja sedang ...